Wednesday, 7 March 2018




SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
 (DUA 2012)

TAJUK :
KECANGGIHAN TEKNOLOGI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS 

NAMA PENSYARAH : 
ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI


AHLI KUMPULAN :


MUHAMMAD IMAN HAIQAL BIN SUPIYAN  (02DKM17F1009)
MUHAMAD QHAIRUNNAZ BIN MOHAMED RASHID (02DKM17F1062)
IRFAN BIN SAID  (02DKM17F1030)
MOHAMAD AIMAN BIN AHMAD SABRI (02DKM17F1066)


INDEKS


1.PENGHARGAAN..........................................................................................


2.PENDAHULUAN..........................................................................................


3.ISI-ISI.....................................
    -PERSPEKTIF...
    -PANDANGAN...
    -IMPAK NEGATIF DAN POSITIF...


4.KESIMPULAN.............................................................................................


5.LAMPIRAN..................................................................................................


6.RUJUKAN...................................................................................................


1. PENGHARGAAN


Bismillahrahmanirahim
 Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dulu kami ingin mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah khasnya kepada pensyarah  Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi yang telah memberikan tugasan kepada kami dalam berbentuk blog.  Kami dari kelas DKM2B telah diberikan tugas untuk membuat blog yang bertajuk "Kecanggihan teknologi mengikut perspektif Islam dan Sains". Semasa kajian dijalankan, kami bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi untuk memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses melaksanakan tugasan ini.
  Kami berempat telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum memulakan pembuatan blog ini. 
   Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah  peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkaikan pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.  Kami berharap agar ilmu yang kami kongsi ini  dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan seharian sebagai makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini.

PENDAHULUAN

Dalam perkembangan teknologi, tidak terlepas dari adanya perkembangan sains. Teknologi merupakan hasil karya dan cipta manusia. Adapun yang menjadi tujuan dari penciptaan teknologi adalah supaya mempermudah manusia dalam memenuhi kebutuhan sehari-hari.

Perubahan kemajuan teknologi dari masa-kemasa merupakan bukti nyata dari semakin majunya pemikiran manusia. Teknologi yang ada sekarang, sebetulnya sudah disinggung oleh teknologi zaman dahulu. Dengan begitu maka ada teknologi zaman sekarang. Sebetulnya teknologi zaman sekarang lahir akibat ketidakpuasan manusia akan teknologi masa lalu.

Dalam pembahasan pelajaran sehari-hari, kebanyakan kita hanya mengetahui betapa canggihnya dunia barat, padahal kalau dikaji lebih dalam lagi, sebetulnya dunia islampun memiliki kejayaan yang bahkan lebih canggih dari dunia barat.

Kemajuan teknologi dunia islam tidak terlepas dari pengaruh nabi-nabi yang pernah menjadi kahlifah di muka bumi ini. Bahkan dalam Al-qur’an digambarkan sangat canggihnya teknologi zaman dahulu di Negara islam.


PERSPEKTIF SAINS TERHADAP KECANGGIHAN 
TEKNOLOGI KOMUNIKASI ANTARA KEPERLUAN DAN KEINGINAN MANUSIA
Permulaannya, teori komunikasi telah bermula dengan penggabungan di antara kepantasan sosial dan perubahan ekonomi iaitu semasa Revolusi Industri di Eropah. Perubahan tersebut telah memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar dan juga kelebihan di dalam bidang sains bagi memahami dunia sebenar. Konsep komunikasi digunakan oleh ahli falsafah, Claude Hanride Saint Simon (1760-1825) di dalam (Thussu; 2000; International Communication).
Selain itu, pelbagai teori telah diwujudkan untuk membuktikan bahawa teknologi memberi kebaikan kepada kehidupan yang kian mencabar dan canggih ini. Menurut teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan pada awal 1960-an, teknologi memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dunia. “Global Village” ini mengandaikan bahawa satu dunia dapat diseimbangkan di mana satu dunia bersama-sama menyelesaikan masalah global dengan penggunaan teknologi komunikasi. Beliau mengandaikan bahawa tiada pendominasian dalam bidang politik, ekonomi dan sosio-budaya.
Menurut Teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan, teknologi juga turut mempengaruhi politik. Demokrasi semakin diperluaskan dan ruang hak bersuara semakin diperbesarkan. Ini kerana terdapat pelbagai saluran pengedaran dan penyampaian yang membolehkan setiap individu menyuarakan pendapat dan hak mereka. Dan menurut McLuhan, teknologi membawa kepada perubahan sosio-budaya. Pada era tahun 2003, membawa masyarakat dunia kepada kebebasan bersuara melalui blog. Semua individu berhak mengatakan hak mereka dan mereka boleh berkongsi dengan masyarakat dunia. Dunia tidak dibatasi melainkan hanya jurang digital yang memisahkan sesetengah tempat untuk mengakses internet.
Dunia kita sekarang ini dikenal dengan istilah global village kampung global. Istilah global village sangat erat dikaitkan dengan Marshal McLuhhan yang mengungkapkan istilah ini dalam dua buku terkenalnya:The Guttenberg Galaxy”, “The Making of Typoghraphic diterbitkan padatahun 1962 dan Understanding Media diterbitkan pada tahun 1964. McLuhan mendeskripsikan bahawa dunia saat ini telah mengecut menjadi sebuah kampung kecil karena kecanggihan teknologi elektrik. Pergerakan informasi yang begitu cepat dapat diketahui oleh berbagai manusia di tempat yang berbeza pada saat yang sama. Sekarang ini, istilah global village kebanyakan digunakan sebagai metafora untuk mendeskripsikan internet dan jaringan dunia luas www” (World Wide Web). Dengan internet, jarak fizik tidak lagi menjadi halangan bagi orang ramai untuk melakukan aktiviti komunikasi secara langsung. Oleh kerana itu maka lingkungan sosial “social sphere menjadi begitu terbuka kerana terbukanyajaringan tersebut. Orang ramai dapat mengakses berbagai informasi dan berinteraksi satu sama lain secara langsung. Dengan menggunakan fasiliti - fasiliti berunsurkan global dalam Internet, hal-hal yang boleh kita lakukan menjadi hampir tidak terbatas. Sebut saja fasiliti Google Earth, yang seolah memasukkan seluruh dunia ke dalam komputer kita atau laman pencarisesawang “Google, yang membawa kita menjelajahi dunia ini dalam hitungan minit dan juga detik. Demikian pula halnya dengan kemunculan laman sosial, seperti Faeebook, kita dapat berhubung dengan orang yangtinggal jauh bahkan ada juga yang di tempat-tempat yang kita belum pernahjejaki disitu. Semua ini memang hasil dari revolusi dunia teknologi informasi yang telah menjadikan dunia sama seperti kampung globalglobal village seperti yang pernah diperkatakan oleh Marshall McLuhan.
Teknologi merupakan wujud material budaya manusia. James M. Henslein, dalam bukunya Sociology : “A Down to Earth Approach menjelaskan bahawa inti kebudayaan material sesuatu kelompok terletak pada teknologinya. Teknologi sendiri diciptakan untuk memudahkan manusia melakukan berbagai aktivitiPada nasa kini kita melihat bahawa teknologi semakin dapat merealisasikan idea kreatif manusia dalam bentuk yang unik. Dengan teknologi manusia boleh bercakap dari jarak ribuan bahkan jutaan kilometer secara langsung. Dengan kecanggihan teknologi manusia dapat menjelajahi ruang angkasa. Dengan kecanggihan teknologi manusia juga bebas mengeksploitasi isi perut bumi.


TERHADAP KECANGGIHAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI ANTARA KEPERLUAN DAN KEINGINAN MANUSIA

Peranan Islam dalam perkembangan Teknologi, adalah bahawa Syariah Islam harus dijadikan pemanfaatan perkembangan teknologi. Ketentuan halal-haram (hukum-hukum syariah Islam) wajib dijadikan tolak ukur dalam pemanfaatan perkembangan teknologi, bagaimana pun juga bentuknya. Perkembangan teknologi yang boleh dimanfaatkan, adalah yang telah dihalalkan oleh syariah Islam. Sedangkan perkembangan teknologiyang tidak boleh dimanfaatkan, adalah yang telah diharamkan syariah Islam.


Pandangan Islam Terhadap Perkembangan Teknologi

Perkembangan teknologi merupakan dasar peradaban moden di kawasan barat pada masa sekarang ini. Masa depan suatu bangsa akan banyak ditentukan oleh tingkat penguasaan bangsa itu terhadap Ilmu pengetahuan dan teknologi. Tidak hairan jika di masa sekarang ini manusia berlumba-lumba serta bersaing secara ketat dalam penguasaan dan pengembangan teknologi, dan Diakui bahwa iptek disatu sisi, telah memberikan kebaikan dan anugerah yang luar biasa bagi kehidupan umat manusia. Namun di sisi lain, teknologi telah mendatangkan keburukan yang pada gilirannya mengancam nilai-nilai kemanusiaan. Kemajuan dalam bidang teknologi telah menimbulkan perubahan sangat cepat dalam kehidupan umat manusia.

Perubahan ini, selain sangat cepat memiliki daya jangkau yang amat luas. Hampir tidak ada segi-segi kehidupan yang tidak tersentuh oleh perubahan. Perubahan ini pada kenyataannya telah menimbulkan pergeseran nilai nilai dalam kehidupan umat manusia, termasuk di dalamnya nilai-nilai agama, moral, dan kemanusiaan.
Di Eropa, sejak abad pertengahan, timbul konflik antara ilmu pengetahuan (sains) dan agama (gereja). Dalam konflik ini sains keluar sebagai pemenang, dan sejak itu sains melepaskan diri dari kontrol dan pengaruh agama, serta membangun wilayahnya sendiri secara otonom dalam perkembangannya lebih lanjut, setelah terjadi revolusi industri di Barat, terutama sepanjang abad XVIII dan XIX, “sains” bahkan menjadi “agama baru” atau “agama palsu”(Pseudo Religion). Dalam kajian teologi modern di Barat, timbul mazhab baru yang dinamakan “saintisme” dalam arti bahawa sains telah menjadi isme ideologi bahkan agama baru. Namun sejak pertengahan abad XX, terutama seteleh terjadi penyalahgunaan iptek dalam perang dunia I dan perang dunia II, banyak pihak mulai menyerukan perlunya integrasi ilmu dan agama, iptek dan imtak. Pembicaraan tentang iptek mulai dikaitkan dengan moral dan agama hingga sekarang. Dalam kaitan ini, keterkaitan iptek dengan moral (agama) di harapkan bukan hanya pada aspek penggunaannya saja (aksiologi), tapi juga pada pilihan objek (ontologi) dan metodologi (epistemologi)

Di negara ini, gagasan tentang perlunya integrasi pendidikan  dan teknologi ini sudah lama dikaji. Profesor B.J. Habibie, adalah orang pertama yang mengsas integrasi pendidikan dan teknologi ini. Hal ini, selain kerana adanya masalah antara apa yang dinamakan ilmu-ilmu umum (sains) dan ilmu-ilmu agama (Islam), juga disebabkan oleh adanya kenyataan bahwa pengembangan teknologi dalam sistem pendidikan kita  berjalan sendiri, tanpa dukungan asas iman dan takwa yang kuat, sehingga pengembangan dan kemajuan teknologi tidak memiliki nilai tambah dan tidak memberikan manfaat yang cukup bererti bagi kemajuan dan masalah umat dan bangsa dalam erti yang seluas-luasnya. Kerisauan ini, cukup beralasan, kerana sejauh ini sistem pendidikan kita tidak cukup mampu menghasilkan manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT sebagaimana diharapkan. Berbagai perkara buruk sering terjadi dan banyak dilakukan, justeru oleh orang yang secara akademik sangat pintar. Ini bererti, aspek pendidikan turut menyumbang dan memberikan saham pada bangsa ketika ini. Kenyataan ini menjadi salah satu catatan mengenai laporan merah pendidikan nasional kita. Secara lebih spesifik, integrasi pendidikan  dan teknologi ini diperlukan kerana empat alasan.

Pertama, sebagaimana telah dikemukakan, teknologi akan memberikan kebaikan dan manfaat yang sangat besar bagi kesejahteraan hidup umat manusia bila teknologi disertai oleh asas iman dan takwa kepada Allah SWT Sebaliknya, tanpa asaspendidikan, teknologi boleh disalah gunakan pada tujuan-tujuan yang bersifat buruk. teknologi dapat mengancam nilai-nilai kemanusiaan. Jika demikian, teknologi hanya abstrak secara metodologis, tetapi batil dan miskin secara maknawi.

Kedua, pada kenyataannya, teknologi yang menjadi dasar modernisme, telah menimbulkan pola dan gaya hidup baru yang bersifat sekularistik, materialistik, dan hedonistik, yang sangat berlawanan dengan nilai-nilai budaya dan agama yang dianut oleh bangsa kita.

Ketiga, dalam hidupnya, manusia tidak hanya memerlukan sepotong roti (kperluann jasmani), tetapi juga memerlukanpendidikkan dan nilai-nilai surgawi (keperluan spiritual). Oleh karena itu, penekanan pada salah satunya, hanya akan menyebabkan kehidupan menjadi pincang dan berat sebelah, dan menyalahi hikmah kebijaksanaan Tuhan yang telah menciptakan manusia dalam kesatuan jiwa raga, lahir dan batin, dunia dan akhirat.

Keempat, pendidikan menjadi landasan dan dasar paling kuat yang akan menghantar manusia mencapai kebahagiaan hidup. Tanpa dasar pendidikan, segala tentang duniawi, seperti harta, pangkat, teknologi, dan keturunan, tidak akan mampu dianalisis dan gagal mengantar manusia meraih kebahagiaan. Kemajuan dalam semua itu, tanpa iman dan upaya mencari redha Tuhan, hanya akan menghasilkan fatamorgana yang tidak menjanjikan apa-apa selain bayangan palsu (Q.S. An-Nur:39). Maka integrasipendidikan dan teknologi harus diupayakan dalam format yang tepat sehingga keduanya berjalan seimbang hand in hand dan dapat menghantar kita meraih kebaikan dunia (hasanah fi al-Dunya) dan kebaikan akhirat (hasanah fi al-akhirah) seperti do’a yang setiap saat kita panjatkan kepada Tuhan (Q.S. Al-Baqarah :201)

Kemajuan Ilmu pengetahuan dan teknologi dunia, yang kini dipimpin oleh peradaban Barat satu abad terakhir ini, mencegangkan banyak orang di berbagai penjuru dunia. Kesejahteraan dan kemakmuran material (fizikal) yang dihasilkan oleh perkembangan teknologi moden tersebut membuat banyak orang lalu mengagumi dan meniru-niru gaya hidup peradaban Barat tanpa dibimbangi sikap kritis terhadap segala impak negatif dan krisis multidimensional.

Krisis multidimensional terjadi akibat perkembanganteknologi yang lepas dari kendali nilai-nilai moral Ketuhanan dan agama. Krisis ekologis, misalnya: berbagai bencana alam: Tsunami, gempa dan pencampuran iklim dan cuaca dunia akibat pemanasan global yang disebabkan tingginya pencemaran industri di negara-negara maju; Kehancuran ekosistem laut dan keracunan pada penduduk pantai akibat pencemaran yang diihasilkan oleh pertambangan mineral emas, perak dan tembaga. Kebocoran reaktor Nuklear di Chernobil, Rusia, dan di IndiaKrisis Ekonomi dan politik yang terjadi di banyak negara berkembang dan negara miskin, terjadi akibat ketidakadilan dan ’penjajahan’ (neo-imperialisme) oleh negara-negara maju yang menguasai perekonomian dunia dan ilmu pengetahuan dan teknologi moden.

Negara-negara yang berpenduduk mempunyai Muslim, saat ini pada umumnya adalah negara-negara berkembang atau negara terkebelakang, yang lemah secara ekonomi dan juga lemah atau tidak menguasai perkembangan ilmu pengetahuan dan sains-teknologi. Kerana nyatanya saudara-saudara Muslim kita itu banyak yang masih bodoh dan lemah, maka mereka kehilangan harga diri dan kepercayaan dirinya. Beberapa di antara mereka kemudian menjadi hamba budaya dan pengikut buta kepentingan negara-negara Barat. Mereka menyerap begitu saja nilai-nilai, ideologi dan budaya materialis (’matre’) dan sekular (anti Tuhan) yang dicekokkan melalui kemajuan teknologi informasi dan media komunikasi Barat. Akibatnya krisis-krisis sosial-moral dan kejiwaan pun menular kepada sebagian besar bangsa-bangsa Muslim.

Kenyataan memprihatikan ini sangat ironis. Umat Islam yang mewarisi ajaran suci Ilahiah dan peradaban dan teknologi Islam yang berjaya di masa lalu, justru kini terperuk di negerinya sendiri, yang sebenarnya kaya sumber daya alamnya, namun miskin kualiti sumberdaya manusianya (pendidikan danteknologinya). Ketidakadilan global ini terlihat dari fakta bahwa 80% kekayaan dunia hanya dikuasai oleh 20 % penduduk kaya di negara-negara maju. Sementara 80% penduduk dunia di negara-negara miskin hanya memperebutkan sisa makanan pesta pora bangsa-bangsa negara maju.

Islam, sebagai agama penyempurna dan paripurna bagi kemanusiaan, sangat mendorong dan mementingkan umatnya untuk mempelajari, mengamati, memahami dan merenungkan segala kejadian di alam semesta. Dengan kata lain Islam sangat mementingkan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Berbeza dengan pandangan dunia Barat yang melandasi pengembangan teknologi hanya untuk kepentingan duniawi yang ’matre’ dan sekular, maka Islam mementingkan pengembangan dan penguasaan teknologi untuk menjadi saranan ibadah-pengabdian Muslim kepada Allah SWT dan mengembang amanatKhalifatullah (wakil/mandataris Allah) di muka bumi untuk berkhidmat kepada kemanusiaan dan menyebarkan rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan lil ’Alamin). Ada lebih dari 800 ayat dalam Al-Qur’an yang mementingkan proses perenungan, pemikiran dan pengamatan terhadap berbagai gejala alam, untuk ditafakuri dan menjadi bahan zikir (ingat) kepada Allah. Yang paling terkenal adalah ayat:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali Imron: 190-191)

Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan berilmu pengetahuan beberapa derajat.” (QS. Mujadillah : 11 )

Bagi umat Islam, kedua-duanya adalah merupakan ayat-ayat (atau tanda-tanda/sinyal) KeMahaKuasaan dan Keagungan Allah SWT. Ayat tanziliyah/naqliyah (yang diturunkan atau transmited knowledge), seperti kitab-kitab suci dan ajaran para Rasulullah (Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur’an), maupun ayat-ayat kauniyah(fenomena, prinsip-prinsip dan hukum alam), keduanya bila dibaca, dipelajari, diamati dan direnungkan, melalui mata, telinga dan hati (qalbu + akal) akan semakin mempertebal pengetahuan, pengenalan, keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kuasa, Wujud yang wajib, Sumber segala sesuatu dan segala eksistensi). Jadi agama dan ilmu pengetahuan, dalam Islam tidak terlepas satu sama lain. Agama dan ilmu pengetahuan adalah dua sisi syiling dari satu mata wang syilingyang sama. Keduanya saling memerlukan, saling menjelaskan dan saling memperkuatkan secara sinergis, holistik dan integratif.

Kerana alam semesta yang dipelajari melalui ilmu pengetahuan–, dan ayat-ayat suci Tuhan (Al-Qur’an) dan Sunnah Rasulullah SAAW yang dipelajari melalui agama, adalah sama-sama ayat-ayat (tanda-tanda dan perwujudan/tajaliyat) Allah SWT, maka tidak mungkin satu sama lain saling bertentangan dan bertolak belakang, karena keduanya berasal dari satu Sumber yang Sama, Allah Yang Maha Pencipta dan Pemelihara seluruh Alam Semesta.







BAGAIMANA TEKNOLOGI MEMBERIKAN KESAN KEPADA MANUSIA ?

Sebagai manusia yang hidup dalam zaman era globalisasi ini, kita perlu sedar bahawa telah banyak berlaku transformasi dalam kehidupan kita. Transformasi ini berlaku seiring dengan kemajuan dan kecanggihan peralatan teknologi sehingga mampu mengubah pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi aspek pekerjaan, komunikasi, dan budaya.

Namun begitu, berdasarkan video tersebut, kita dapat simpulkan bahawa kecanggihan teknologi yang dicipta boleh memberikan banyak faedah dan kemudahan kepada manusia kerana dengan terciptanya kecanggihan teknologi kini, ia mampu mengurangkan beban kerja dan menjimatkan masa manusia. Selain itu, kecanggihan teknologi kini juga boleh membantu manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak tercapai atau tidak mampu untuk dilakukan. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap kecanggihan yang dicipta mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing.

Walau bagaimanapun, manusia yang berperanan sebagai pengendali kecanggihan teknologi (pengguna) haruslah menggunakannya dengan baik dan tidak menyalahgunakan kecanggihan teknologi. Walaupun kecanggihan teknologi kini berkembang pesat dalam pelbagai bidang di dunia, namun terdapat juga kelemahan yang terselit dalam setiap kecanggihan tersebut yang boleh memberi impak kepada perkembangan teknologi dan kehidupan manusia. Persoalannya di sini, mengapakah masih ada manusia yang suka menyalahgunakan kemajuan teknologi ini untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Sebelum menganalisis kebaikan dan keburukan teknologi maklumat, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan teknologi dan juga untuk mengetahui kenapa ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan juga ia digunakan untuk proses komunikasi dan juga proses penyelesaian masalah dalam tugasan.
Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan.
Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam pekerjaan terhadap masyarakat.

 eknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia.  Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.


IMPAK POSITIF DAN IMPAK NEGATIF TEKNOLOGI

impak positif dan impak negatif dari perkembangan teknologi dilihat dari berbagai bidang :
  

  Impak positif bidang Informasi dan komunikasi
     Kita akan lebih cepat mendapatkan informasi-informasi yang tepat dan terbaru  dimana sajaha dengan pantas. Kita dapat berkomunikasi dengan teman, mahupun keluarga yang sangat jauh hanya dengan melalui telefon. Mendapatkan layanan perbankan dengan mudah dan pantas. 
      
       Impak Negatif Bidang Informasi dan komunikasi
         Pemanfaatan jasa komunikasi oleh jaringan teroris (Kompas). Penggunaan informasi tertentu dan situasi tertentu yang terdapat di internet yang boleh disalah gunakan pihak tertentu untuk tujuan tertentu. Kerahsiaan semakin terancam, Melalui internet kita dapat memperoleh informasi tentang ujian psikologi, dan bahkan dapat memperoleh layananujian psikologi secara langsung dari internet. Kecemasan teknologi Selain itu ada kecemasan skala kecil akibat teknologi komputer. Kerosakan komputer kerana diserang virus, kehilangan berbagai file penting dalam komputer inilah beberapa contoh stres yang terjadi kerana teknologi. Rosaknya modem internet kerana disambar petir.


Impak Positif Bidang Pendidikan
       Munculnya media massa, khususnya media elektronik sebagai sumber ilmu dan pusat pendidikan. Impak dari hal ini adalah guru bukannya satu-satunya sumber ilmu pengetahuan. Munculnya kaedah pembelajaran yang baru, yang memudahkan siswa, siswi dan guru dalam proses pembelajaran. Dengan kemajuan teknologi terciptalah kaedah baru yang membuat siswa, siswi mampu memahami material yang abstrak, kerana materi tersebut dengan bantuan teknologiboleh dibuat abstrak. Sistem pembelajaran tidak harus melalui bersuwa muka. Dengan kemajuan teknologi proses pembelajaran tidak harus mempertemukan siswa, siswidengan guru, tetapi boleh juga menggunakan pembelajaran internet dan lain-lain.


Impak Negatif Bidang Pendidikan
       Kerahsiaan alat ujian semakin terancam Program ujian inteligensi sepertiujian Raven, Differential Aptitudes Test dapat diakses melalui compact disk. Implikasi dari permasalahan ini adalah, ujian psikologi yang ada akan mudah di ketahui, dan pengembangan ujian psikologi harus berpacu dengan kecepatan pendedahan melalui internet tersebut. Penyalahgunaan pengetahuan bagi orang tertentu untuk melakukan tindakan jenayah. Kita tahu bahwa kemajuan di badang pendidikan juga mencetak generasi yang berpengetahuan tinggi tetapi mempunyai moral yang rendah. Contonya dengan ilmu komputer yang tingi maka orang akan berusaha mencerobohi sistem perbangkan dan lain-lain.

KESIMPULAN

Peradaban moden adalah hasil kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang gemilang yang telah dicapai oleh manusia setelah diadakan penelitian yang tekun dan eksperimen yang mahal yang telah dilakukan selama berabad-abad. Kemudian manusia menggunakan penemuannya itu untuk meningkatkan taraf hidupnya. Kemajuan teknologi secara umumnya telah banyak dinikmati oleh masyarakat dengan cara yang belum pernah dirasakan pada zaman dahulu.

Islam memandang bahawa hasil sains dan teknologi adalah penting. Siapapun boleh mengambilnya dan menggunakannya. Dalam penggunaannya tentu berbeza antara orang yang berfikiran Islam dengan orang yang berfikiran kapitalis. Maka tinggal kita pilih pandangan mana yang benar untuk memandang dan menghukumi berbagai macam fakta. Islam atau kapitalis?  Hidup adalah pilihan maka pilihlah pilihan yang terbaik kerana kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


LAMPIRAN

Image result for kecanggihan teknologi

Image result for teknologi


RUJUKAN

Buku Ilmiah :
* SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM            ISLAM

Laman Sesawang :
* demokrasi12.blogspot.com
* gtechgroups.blogspot.com
* munabsy.blogspot.com
* bangkuislami.blogspot.com
* hamdanhusein.blogspot.com